top of page
  • Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

STRATEGIC LEADERSHIP PROGRAMME (E-LEAD) UNTUK KETUA JABATAN USM


15 September 2023 - Strategic Leadership Programme (E-LEAD) yang telah berlangsung selama dua hari di Bertam Resort, Pulau Pinang bertujuan bagi memantapkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan sumber strategik secara efektif dan efisien dalam kalangan Ketua Jabatan.

Naib Canselor USM, YBhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed dalam ucapan perasmiannya menekankan peranan utama Ketua Jabatan sebagai people support system yang paling penting kepada Universiti dan antara perkara yang perlu dilihat secara serius ialah aspek pelan penggantian bagi pembangunan bakat berpotensi tinggi untuk barisan kepimpinan masa hadapan.


Naib Canselor juga menekankan warga USM tidak kira staf akademik, pentadbir mahupun pelajar perlu bersifat egalitarian, berilmu dan berbudaya tinggi agar visibility USM dapat ditonjolkan dan keupayaan USM diyakini di peringkat antarabangsa.


Program ini dibangunkan secara khusus oleh Pusat Transformasi Insan dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan dan turut menampilkan Pendaftar USM sebagai penceramah bagi slot pelan penggantian kepimpinan PTJ. Seramai 73 Ketua Jabatan Pentadbiran & Akademik telah hadir sepenuhnya sepanjang 2 hari program.


Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada perancangan berstruktur untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan Ketua Jabatan ke arah pencapaian pelan strategik, misi dan visi Universiti.



17 views0 comments
bottom of page