23 & 24 Oktober 2023 - Credential Training Programme (CTP) merupakan program pensijilan bermodul melibatkan program pembangunan bakat berstruktur yang telah dikenalpasti oleh pihak Universiti melibatkan kumpulan sasaran tertentu.
Pusat Transformasi Insan terus komited dalam melaksanakan program pensijilan Credential Training Programme (CTP) untuk Pegawai Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) Gred 52 dan 54. CTP: Strategic Data Driven Management dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan kompetensi staf P&P (Pentadbiran) dalam penganalisaan, visualisasi dan interpretasi data bagi proses pembuatan keputusan yang berimpak.
Program ini adalah kesinambungan kepada CTP: Data Driven Decision Making yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 untuk Pegawai Pengurusan dan Profesional Gred 41-48 dan sehingga kini pihak PTi telah melatih seramai 182 peserta bagi mengikuti program tersebut.
Kohort pertama melibatkan seramai 29 orang peserta dengan pendedahan kepada 4 modul program iaitu Business Analytics dan Data Driven Management, Predictive Analytics and Machine Learning, Strategic Innovation and Entrepreneurial Thinking dan Strategic Foresight and Future Thinking.
CTP: Strategic Data Driven Management akan diteruskan pada tahun 2024 bagi memastikan staf kumpulan Pengurusan & Professional (Pentadbiran) akan sentiasa relevan, berfikiran global dan pemikiran analitik dalam arus perdana.
Comments