top of page
  • Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

MEMACU TRANSFORMASI KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA: THE TRUE NORTH


Siri Ke-2 Leadership Talk Series pada 1 Disember 2023 menampilkan penceramah terkemuka iaitu YBhg. Dato’ Sri Idris Jala bertajuk Transformational Leadership In Higher Education. Beliau merupakan Pengerusi & Presiden Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri. Program ini merupakan inisiatif di bawah anjuran Pusat Transformasi Insan (PTi) yang bertujuan memperkasakan Agenda Pembangunan Bakat Universiti melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan baik tokoh terkemuka di dalam dan luar negara. Program ini telah dihadiri oleh 90 staf USM yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Universiti, Dekan, Ketua Jabatan dan staf Kumpulan Pengurusan & Profesional.

Melalui sesi ini, beliau berkongsi 6 secrets to transformational leadership yang menyumbang kepada transformasi kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia. Antara strategi yang perlu dipandang serius ialah mengenal pasti The True North USM, menguasai organisasi dengan pengaruh kepimpinan yang holistik dan perancangan masa hadapan yang strategik. Strategi ini amat penting bagi memastikan USM mempunyai barisan pemimpin yang berkualiti, berwibawa dan kompeten dalam menguruskan organisasi serta meneroka peluang baru bagi melonjakkan kecemerlangan universiti ke peringkat global.

Selain itu, beliau juga berkongsi dapatan saranan penambahbaikan landskap pengajian tinggi melalui Jawatankuasa Menyemak & Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Review Committee) yang telah mengenal pasti 874 isu dan 58 cadangan utama bagi penambahbaikan prinsip dan dasar sistem Pendidikan Tinggi Malaysia.

Program ini akan diteruskan lagi pada tahun 2024 dengan jemputan tokoh-tokoh terkemuka yang dapat memberi inspirasi kepada barisan kepimpinan Universiti.







26 views0 comments
bottom of page