top of page
Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

PTi ANJUR PROGRAM SEMINAR MOTIVASI SPM SKILLS TO SCORE UNTUK ANAK STAF B40

Pusat Transformasi Insan mengambil inisiatif menganjurkan program Seminar Motivasi Skills to Score untuk anak staf B40 pada 16 September 2023 (Kampus Kesihatan) dan 23 September 2023 (Kampus Induk) yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2023/2024. Inisiatif ini julung kali diadakan di bawah flagship Minda Sejahtera untuk memastikan kesejahteraan staf seimbang secara keseluruhannya dalam aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani.


PTi berkolaborasi dengan Dr Shukri Abdullah, pakar motivasi yang memberi penekanan kepada teknik & formula pelajar cemerlang. Teknik dan formula yang betul akan melonjakkan prestasi pembelajaran serta meningkatkan motivasi pelajar agar lebih berkeyakinan. Beliau juga turut berkongsi tips dan strategi bagi membimbing peserta menjadi lebih intelektual dan cemerlang dalam pelajaran di samping akhlak yang terpuji.


Seminar motivasi ini telah dihadiri oleh 113 pelajar iaitu 58 di Kampus Kesihatan manakala selebihnya di Kampus Induk.





10 views0 comments

댓글


bottom of page