top of page
Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

PENSYARAH MUDA PERLU KREATIF, INOVATIF DAN BERINTEGRITI DALAM MENGURUSKAN SUMBER


Pengurusan Sumber merupakan antara kompetensi teras yang perlu dikuasai oleh pensyarah muda bagi memastikan pencapaian hala tuju organisasi melalui pengurusan sumber sedia ada secara kreatif, inovatif dan berintegriti.


Bagi merealisasikan agenda strategik seperti di atas, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan program Managing Resources for Young Academic sebanyak 4 siri di Kampus Induk dan Kampus Kesihatan yang melibatkan staf akademik yang berkhidmat dalam tempoh 5 tahun dan ke bawah. Secara umumnya antara tujuan utama program ini adalah bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam aspek pengurusan sumber merangkumi pengurusan geran penyelidikan, maklumat, data, sumber manusia dan kewangan.


Program ini dijalankan sepenuhnya berdasarkan Modul Pengurusan Sumber yang telah dibangunkan oleh PTi dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan.  Modul ini akan menjadi sumber rujukan utama dalam konteks pengurusan sumber bagi kumpulan pengurusan atasan dan staf kumpulan pengurusan & professional.


Profesor Dr.Noor Hazlina Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan selaku penceramah utama program berkongsi penggunaan teknik bricolage sebagai salah satu kaedah dalam pengurusan sumber yang boleh diaplikasi oleh staf akademik. Penguasaan data juga memainkan peranan utama bagi mengenalpasti kekuatan sumber organisasi sedia ada yang dapat digunakan dalam proses pembuatan keputusan. Selain itu, peserta didedahkan juga dengan kemahiran Sharp and Smart skills bagi mengtransformasi lanskap pengurusan sumber ke arah yang lebih informatif dan efektif.








97 views0 comments

コメント


bottom of page