Credential Training Programme (CTP) merupakan program pensijilan bermodul melibatkan program pembangunan bakat berstruktur yang telah dikenalpasti oleh pihak Universiti melibatkan kumpulan sasaran tertentu.
Modul CTP Pemantapan Bahasa Inggeris yang telah dibangunkan oleh pihak Universiti pada tahun 2021 diperluaskan pelaksanaanya kepada staf Kumpulan Pelaksana (Pembantu Operasi) di ketiga-tiga kampus. Modul ini menekankan aspek penguasaan asas Bahasa Inggeris dalam pengurusan pelanggan dan penyampaian perkhidmatan. Staf telah didedahkan kepada aktiviti perbincangan kumpulan, kajian kes dan pembentangan bagi membantu pemahaman dan penguasaan asas Bahasa Inggeris dalam kalangan staf.
Sesi ini telah dilaksanakan secara serentak pada 18 hingga 20 Oktober melibatkan seramai 168 peserta terdiri daripada 68 di Kampus Induk dan selebihnya di Kampus Kesihatan.
Comments