Agenda pembangunan bakat Universiti giat dilaksanakan antaranya melalui pelaksanaan program latihan kompetensi teras Penyampaian Perkhidmatan yang telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya. Program ini dijalankan sebanyak 6 siri yang melibatkan staf Kumpulan Pelaksana di Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan. Seramai 273 staf telah hadir dan memberi komitmen penuh sepanjang program berlangsung.
Pengisian program memberikan tumpuan terhadap aspek kualiti penyampaian perkhidmatan yang mantap berorientasikan pengurusan pelanggan yang profesional dan tadbir urus yang baik. Peserta didedahkan dengan teknik komunikasi secara berkesan dan jelas dalam menyampaikan idea, maklumat, maklumbalas dan kreativiti dalam penyelesaian konflik semasa berurusan dengan pelanggan. Penerapan nilai A.S.U.H yang menjurus kepada pembinaan dan pengkayaan bakat staf menerusi gabungan elemen pengetahuan, kemahiran dan keupayaan staf juga menjadi sebahagian daripada kandungan program.
Comments