top of page
  • Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

KOMUNIKASI HEBAT, ORGANISASI MANTAP


Komunikasi perlu bersifat dua hala bagi memberikan hasil yang berkesan dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berimpak.


Demi memastikan warga universiti sentiasa memantapkan aspek komunikasi dalam perkhidmatan, Pusat Transformasi Insan (PTi) terus konsisten menganjurkan program Kompetensi Teras: Komunikasi yang berfokuskan kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran). Sebanyak tiga (3) siri program telah diadakan di Kampus Induk iaitu pada 8,10 dan 15 Ogos 2023, manakala satu (1) siri diadakan pada 22 Ogos 2023 di Kampus Kesihatan melibatkan  seramai 125 peserta.


Keseluruhan aktiviti program berfokus kepada usaha memantapkan komunikasi bagi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya kaedah menyampaikan idea, maklumat dan perancangan, proses pembuatan keputusan dalam kumpulan dan  aktiviti komunikasi efektif dalam organisasi.





47 views0 comments
bottom of page