Selaras dengan Pelan Strategik Rancangan Strategik Universiti Sains Malaysia (USM) 2022-2024 yang bertujuan untuk membangunkan bakat yang kompetitif bagi memenuhi keperluan negara dan global, Pusat Transformasi Insan (PTi) USM telah menganjurkan Program Accelerating High-Potential Leaders (A-LEAD) yang dikhususkan kepada kepada Timbalan Ketua Jabatan USM.
Program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk memantapkan kompetensi pengurusan sumber secara efektif dan kreatif melalui penggunaan sumber sedia ada di jabatan masing-masing yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan Universiti.
Pengarah Pusat Transformasi Insan, En. Roslan Ismail berkongsi melalui ucapan aluannya mengenai kerangka kompetensi Pembangunan Bakat yang melibatkan tujuh kompetensi teras, yang mana fokus utama kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional adalah kepada kompetensi pengurusan sumber dan pemikiran strategik.
Program ini telah berlangsung sebanyak 2 siri iaitu pada 6 hingga 7 September 2023 dengan melibatkan seramai 29 orang Timbalan Ketua Jabatan manakala siri ke 2 ialah pada 12 hingga 13 September 2023 dengan penglibatan seramai 43 peserta.
Comments