PTi membuka tirai pada tahun ini dengan penawaran latihan bagi fasa 1 (Januari – Mac) secara menyeluruh merentasi kampus. Saban tahun, PTi sentiasa komited dan konsisten menawarkan latihan berimpak dengan membawakan penceramah yang ternama dan tersohor bagi program latihan di bawah PTi. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan dalam aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap positif yang harus diterapkan dalam diri semua staf.
Sebanyak 90 latihan Teras, Fungsian & ICT telah ditawarkan kepada Warga Universiti bagi fasa 1.