top of page

MENGOPTIMUMKAN PENGUASAAN SUMBER BAGI PEMANTAPAN KUALITI KEPIMPINAN

2 Mac 2023 – Menyambut baik hasrat Naib Canselor iaitu kreativiti dalam penjanaan kewangan berasaskan pengurusan sumber efektif melalui kepakaran Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pusat Transformasi Insan (PTi) telah berjaya melaksanakan Program Kompetensi Teras: Managing Resources bertajuk Finding Possibility Amidst Uncertainty: Managing Resources Strategically kepada 70 staf yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Universiti dan Ketua Jabatan. Program yang padat dengan ilmu dan perkongsian pengalaman ini telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tenghari bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II, Kampus Induk.


Modul kursus ini telah direkebantuk bagi memberi tumpuan kepada pemantapan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan sumber, strategi serta amalam terbaik dalam memastikan kelestarian sumber organisasi serta pendekatan lain berkaitan bagi kecemerlangan pencapaian KPI & Pelan Strategik Universiti secara umumnya.


Program disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan antara ikon kepimpinan Universiti yang berpengalaman luas dalam aspek pengurusan sumber dan kelestarian kewangan yang sentiasa menjadi contoh dan rujukan dalam kalangan staf.


Menurut Profesor Dr. Noor Hazlina, dalam dunia VUCA (volatility, uncertainty, complexity and ambiguity) yang mencabar ini, seorang pemimpin seharusnya menguasai sumber yang ada pada semua peringkat dalam organisasi yang dipimpin, memanfaat kekuatan mereka dengan sebaik-baiknya disamping penguasaan dan penganalisaan data yang menyeluruh.


Program seumpama ini akan dilaksanakan juga di Kampus Kesihatan pada 10 April 2023 melibatkan semua Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan Kampus Kesihatan termasuk pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Secara keseluruhan program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peserta yang terlibat. Program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memantapkan Kepimpinan Universiti dalam aspek pengurusan sumber dan kelestarian kewangan yang efektif demi kecemerlangan Universiti.





45 views

Recent Posts

See All
bottom of page