top of page

MENGANGKAT PERANAN DAN MEMPERKASAKAN BAKAT PENYELIA

Kompetensi Fungsian Penyelia Skim N


Tarik: 01 Mac 2023 (Rabu)

Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang

Tempat: Dewan Peperiksaan, Komplek Pentadbiran Kampus Kesihatan



Development Skills For Middle Supervisor telah dirancang dan dilaksanakan pada 1 Mac 2023 (Rabu) khusus kepada kumpulan penyelia peringkat pertengahan skim N. Kumpulan ini merupakan sebahagian besar kumpulan yang banyak membantu skop penyeliaan antara staf dan ketua jabatan di setiap jabatan.


Objektif utama kursus fungsian kepada kumpulan ini adalah, membantu peserta memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang penyelia. Pusat Transformasi Insan (PTi), Kampus Kesihatan mengambil inisiatif membawa Dr N. Ramzan bin A.Rahim, Profesional Trainer dari Akademik Profesional intelek (API) untuk merealisasikannya.


Gabungan penyelia lama dan baharu dalam program ini memeriahkan lagi aktiviti kumpulan yang memerlukan idea untuk mempertahankan prinsip dan peranan penyelia di jabatan masing-masing. Kebanyakan aktiviti yang dikendalikan oleh Dr Ramzan bertujuan untuk memberi kefahaman tentang konsep kepimpinan, ciri-ciri penyeliaan dan pengurusan organisasi serta memperkasakan bakat dan kemahiran penyeliaan dalam kalangan penyelia.


Program yang berlangsung selama satu hari secara bersemuka telah diadakan Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan yang disertai oleh 31 orang penyelia. Dr Ramzan menggesa peserta yang hadir dapat mengaplikasikan peranan sebagai penyelia di peringkat jabatan/unit sekaligus berjaya meningkatkan keupayaan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.






58 views

Recent Posts

See All
bottom of page