top of page
  • Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

SYARAHAN PENTADBIR: SDGs (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS): APA PERANAN WARGA USM

Updated: Aug 11, 2023

Pusat Transformasi Insan (PTI), telah mengadakan Siri Syarahan Pentadbir bertajuk “SDGs (Sustainable Development Goals): Peranan Warga Staf Dalam Penyemarakan Agenda APEX USM.”


Sesi Syarahan Pentadbir yang diadakan melalui dalam talian dan secara langsung di Facebook PTi ini disampaikan oleh Timbalan Penyelaras Kampus Sejahtera USM, Dr. Normaliza Abdul Manaf. Dalam sesi syarahan ini, warga USM diseru untuk memahami dan mengamalkan amalan kelestarian. Siri Syarahan Pentadbir yang dihadiri oleh 800 staf ini turut memberi pendedahan kepada warga Universiti, strategi USM dalam mengekalkan ranking SDGs dan peranan warga dalam memastikan USM sentiasa berjaya mengekalkan ranking tersebut malah berusaha ke arah yang lebih baik dalam aspek SDGs. Syarahan pentadbir ini turut menyentuh berkaitan aspek penyemarakan agenda APEX dan saling kaitan dengan SDGs dan ini secara tidak langsung memberi suntikan baharu kepada warga Universiti dalam memahami SDGs dan agenda APEX.




24 views
bottom of page