Pelaksanaan Program Pensijilan Profesional (CTP) telah diperluaskan dengan penambahan program baharu iaitu Penyeliaan Efektif. Program ini dilaksanakan sebanyak 6 siri bermula pada 31 Mei 2023 sehingga 8 Ogos 2023. Seramai 300 peserta telah dikenalpasti yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Pelaksana yang telah dinaikkan pangkat pada 2021 & 2022 di Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan.
Pelaksanaan program ini merupakan antara inisiatif Universiti dalam memantap dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam bidang penyeliaan yang merangkumi aspek komunikasi, pengurusan sumber manusia, penilaian prestasi dan tatatertib staf. Kemahiran ini amat penting dalam memastikan peranan penyelia dalam aspek penetapan sasaran kerja tahunan, penasihatan dan penilaian prestasi dapat dilaksanakan dengan efektif. Tiga komprehensif modul CTP Penyeliaan Efektif telah dibangunkan merangkumi 4 topik utama iaitu:
Comments