top of page
  • Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (SERVICE DELIVERY ) KUMPULAN PELAKSANA SIRI 1 & SIRI 2/2023

Kursus Kompentensi Teras – Penyampaian Perkhidmatan kumpulan Pelaksana telah dilaksanakan sebanyak 2 Siri di Kampus Kesihatan pada 12 dan 13 Jun 2023 di Blok Pengajaran dan Sumber Pembelajaran (BPSP) Pengajian Sains Perubatan, Kubang Kerian.


Program yang diadakan sebanyak 2 siri ini melibatkan seramai 75 orang peserta untuk Siri 1 dan seramai 68 orang peserta Siri 2 daripada pelbagai kategori jawatan.


Objektif program ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan staf dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik supaya dapat memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan serta pemegang taruh selari dengan hasrat universiti untuk mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.


Kursus ini dikendalikan oleh Professor Dr. Zafarina Zainuddin Pengarah, Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis dan Profesor Dr. Azizah Omar, pensyarah university, Pusat Pengajian Pengurusan dengan gandingan 4 orang fasilitator daripada Kampus Induk, Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju iaitu Pn. Zaiyana Mohamed Hussain, En. Md Hisham Abdul Razak, En. Prabu A/L Mogan ,dan En. Mohd Nur Nazri B Mohd Nazli.


Kursus ini secara teori dan praktikalnya digarap untuk memperkasakan dan mendidik para peserta supaya sentiasa memperhebatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang mapan. Melalui aktiviti berkumpulan juga staf juga disarankan untuk mengenali kehendak dan keutamaan pelanggan agar perkhidmatan yang diberikan oleh USM berdaya saing dengan cemerlang di antara agensi-agensi lain.


Peningkatkan dalam penyampaian perkhidmatan akan membina imej dan kepercayaan yang tinggi kepada pelanggan.




16 views
bottom of page