top of page
Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

STAF BERPRESTASI TINGGI, BERI IMPAK KECEMERLANGAN UNIVERSITI

Updated: Sep 13, 2023


25 Jun 2023 ( Ahad) – Bagi memastikan pegawai penyelia di jabatan/unit lebih memahami dan patuh kepada Prosedur Pengurusan Staf Berprestasi Rendah, Pusat Transformasi Insan (PTi), Kampus Kesihatan menjemput Puan Norheliza binti Mukram @ Sulaiman, Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar untuk memberi pencerahan dan berkongsi ilmu dengan pegawai penyelia bagi memantapkan lagi pengurusan staf yang berprestasi rendah.


Semua penyelia bertanggungjawab memantau prestasi staf di bawah seliaan masing-masing agar staf sentiasa produktif dalam tugas, kata Norheliza. Tambah beliau lagi, semua staf adalah aset universiti yang masing-masing berperanan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan organsasi cekap dan cemerlang. Program ini dihadiri seramai 41 orang staf dalam kalangan penyelia daripada pelbagai jawatan dan jabatan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian.


Sepanjang program, staf diberi penekanan semula supaya penyelia memahami dan mematuhi Standard Procedure Kerja (SOP) pengurusan prestasi staf terutamanya staf yang berprestasi rendah yang boleh membawa kepada kes disiplin. Perkara ini amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lancar dan berkesan.


Bagi melihat keberhasilan dan kefahaman para penyelia dalam porgram ini, Norheliza mengambil pendekatan memberi contoh kes yang berkaitan kepada setiap kumpulan untuk mereka bincang kaedah mengurus dan dibentangkan pada sesi sebelah petang.


Rumusan yang boleh diambil daripada program ini ialah, pegawai penyelia tidak boleh leka dan membiarkan staf di bawah seliaan mereka menjalankan tugas tanpa diberi bimbingan dan perlu menyemak secara berkala daripada segi peningkatan prestasi setiap staf. Pemantauan prestasi dan bimbingan yang mantap daripada penyelia membantu memotivasikan staf untuk menghasilkan kualiti kerja terbaik. Pegawai penyelia juga perlu berusaha mengekalkan staf yang komited dan berprestasi tinggi bagi membolehkan staf meningkatkan daya saing dalam mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datang.


Selain menekankan pentingnya mengamalkan kaedah mengurus prestasi yang konsisten, Norheliza turut mengingatkan peserta agar berusaha meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam jabatan agar prestasi kerja dapat ditingkakan. Apa yang paling penting, penilaian prestasi perlu dilaksanakan secara telus agar tidak berlaku penganiayaan terhadap staf.




26 views

Comments


bottom of page