top of page
Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

RAMADAN: TERCAPAIKAH KPI KITA?

Updated: Sep 13, 2023

19 April 2023 ( Rabu) - Sempena bulan Ramadan, umat Islam berlumba-lumba untuk menambah ilmu dan amalan yang dituntut dalam Islam. Demi mengejar barakah Ramadan, selain ibadah wajib, amalan ibadah sunat amat digalakkan untuk dilaksanakan secara berganda.


Pusat Transformasi Insan (PTi) Kampus Kesihatan, mengambil peluang menjemput Ustaz Harryanto Rizal Rokman, penceramah selebriti terkenal untuk mengupas adakah target atau KPI amalan baik yang kita cuba gandakan di bulan Ramadan tercapai. Program Nilai bulan Ramadan: Tercapaikah KPI Kita? diadakan pada jam 9:30 pagi hingga 11.30 pagi secara atas talian menggunakan aplikasi Webex dan Facebook PTi.


Sebelum mengupas lebih lanjut, Ustaz Harryanto mengajak peserta untuk merenung sejenak dan menyoal diri, Adakah kita berpuas hati dengan amalan dan ibadah sebelum Ramadan? Sekiranya masih belum berpuas hati dan sentiasa berasa belum sempurna maka inilah peluang keemasan yang dinantikan dan direbut oleh setiap umat Islam.


Ujar Harryanto lagi, Ramadan datang lagi bersama ribuan peluang untuk kita raih kebaikan dan keberkatan. Seharusnya, segala ibadah wajib dan sunnah telah dilaksanakan dengan tertib dan konsisten sebelum ini, cuma amalan-amalan tersebut dilipatgandakan pada bulan Ramadan Al Mubarak. Bulan ini juga adalah bulan untuk kita umat Islam mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT.Ibadah dan amalan baik yang dilakukan dengan berlipat kali ganda serta ikhlas, Insya-Allah akan diberi ganjaran yang setimpal.


Program yang berlangsung selama 2 jam telah dihadiri seramai 1371 orang peserta mendapat sambutan yang amat baik daripada kedua-dua platform yang disediakan. Sambutan yang menggalakkan ini sebagai bukti staf Universiti Sains Malaysia menyambut baik perkongsian ilmu di bulan Ramadan walaupun ramai yang mula sibuk membuat persiapan menyambut aidilfitri menjelang tiba dua hari lagi.


Ustaz Haryanto menitipkan pesanan agar, ibadah dan amalan sunnah perlu diamalkan dan ditingkatkan sepanjang masa tanpa menunggu tibanya Ramadan.


menggunakan analogi “Basikal” yang agak berkaitan dengan kehidupan dan rutin seharian terutamanya di bulan Ramadan. Basikal perlu dikayuh iaitu bermaksud proses, kayuhan basikal yang laju akan menghasilkan cahaya lampu basikal yang terang adalah outcome.

13 views

Comments


bottom of page