10 APRIL – Ramadan mempunyai keberkatan dan ibrahnya tersendiri maka dengan mengambil kesempatan dan peluang ini, Pusat Transformasi Insan (PTi) membawakan penceramah terkenal dan tidak asing lagi iaitu YBhg. Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz bagi berkongsi intipati berkaitan tips dan kriteria dalam membina kualiti nilai individu. Program yang telah dihadiri hampir 1000 warga Universiti ini juga turut mengupas berkaitan nilai insan yang seharusnya dipraktikkan terutamanya pada bulan ramadan. Warga Universiti diseru agar sentiasa berusaha membina nilai serta kualiti dalam diri individu demi mencapai kecemerlangan Universiti.
RAMADAN MEMBINA KUALITI INSAN DAN NILAI INDIVIDU
Updated: Aug 11, 2023
Комментарии