top of page
  • Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA BANTU STAF BAHARU BINA KERJAYA

Updated: Aug 11, 2023

Pusat Transformasi Insan telah mengadakan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2023 kepada staf baharu sebagai salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan.


Program yang diadakan secara bersemuka ini disertai kira-kira 15 orang peserta yang berlangsung selama 5 hari bermula 15 Mei 2023 hingga 19 Mei 2023. Di samping itu, peserta PTM kali ini turut melibatkan agensi luar daripada Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


Program ini dilaksanakan bagi memupuk nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan dalam menyesuaikan diri dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, program ini memfokuskan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat menyampaikan perkhidmatan dengan cekap serta berkesan. Program yang dirangka ini memberi pendedahan dalam aspek laluan kerjaya serta membantu pegawai dalam merancang kerjaya masing- masing pada masa hadapan.




16 views
bottom of page