top of page
Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

LEADERSHIP SKILLS FOR MANAGERS, PERLU SELARI DENGAN AGENDA UNIVERSITI

Updated: Sep 13, 2023


Sifat kepimpinan tidak semua ada dalam diri seseorang individu. Kepimpinan boleh dibentuk dan dilatih dengan tujuan untuk mewujudkan kumpulan pelapis pemimpin. Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional harulah mempunyai sifat kepimpinan dalam diri seseorang pegawai. Susulan daripada itu, bagi memantapkan kemahiran dan sifat kepimpinan dalam kalangan pegawai pengurus universiti, Pusat Transformasi Insan (PTi) Kampus Kesihatan telah mengadakan kursus Leadership Skills For Managers pada 23 Mei 2023 (Selasa) kepada pegawai-pegawai pentadbiran di Kampus Kesihatan.


Kursus ini dikendalikan selama 4 jam oleh Prof. Dato Dr Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, pensyarah universiti daripada Kampus Kejuruteraan, Pulau Pinang yang juga mantan TNC Akademik Perhubungan Antabangsa pada sesi lalu. Dato’ Farhan menekankan jawatan kepimpinan yang disandang adalah suatu amanah yang sangat berat dan memerlukan pengorbanan tinggi serta kerja keras secara bersungguh-sungguh. Tanggungjawab kepimpinan perlu dilaksanakan dengan penuh strategi dan perancangan yang teratur demi mencapai kemajuan, kesejahteraan dan kebahagiaan pekerja terutamanya di tempat kerja.


Tegas beliau, kemahiran merancang, mengurus dan mengenalpasti masalah dan penyelesaian amat penting kepada seorang pengurus atau pemimpin universiti.


Kursus ini dihadiri seramai 28 orang peserta kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P). Peserta diberi pendedahan tentang kemahiran yang penting dan praktikal yang perlu ada oleh seorang pemimpin, sekaligus diberi kefahaman peranan sebagai pemimpin dan persiapan diri mereka untuk menempuhi cabaran-cabaran kerja.


Dalam sesi ini, Dato Farhan juga turut berkongsi tentang perancangan memperkasakan semula Program APEX kerana semua pegawai adalah pemangkin untuk mengerakkan misi dan visi USM Di akhir program, peserta diharapkan berusaha mempelbagaikan kemahiran sebagai seorang pemimpin dan mampu mempraktiskan kepimpinan yang efektif dan mantap.




10 views

Comments


bottom of page