top of page
Writer's picturePusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia

KEPIMPINAN UNGGUL ERA 4IR

Updated: Aug 10, 2023

17 Mei 2023, Rabu – Siri pertama Leadership Talk Series pada tahun ini menampilkan tokoh terkemuka iaitu Tan Sri Jamaludin Ibrahim. Beliau mempunyai 27 tahun pengalaman sebagai CEO di syarikat/agensi terkemuka Asia. Memegang pelbagai jawatan di Multi National Companies (MNCs) dan Government-Linked Company (GLC) dan kini beliau merupakan Non-Executive Chairman Air Asia Aviation Group Ltd, Prasarana Malaysia Berhad dan QSR Brands (M) Holdings Bhd.


Mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (4IR), Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkongsi perspektifnya dalam membentuk kepimpinan unggul yang memerlukan pengkhususan skill set tertentu antaranya berfikiran strategik dan analitik, tangkas, peka kepada perubahan dan berani melaksanakan transformasi disamping mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Tambahnya tadbir urus secara klasik perlu di lihat semula dengan mengadaptasi digitalisasi dalam proses kerja era 4IR. Transformasi ini adalah amat penting bagi memastikan organisasi kekal relevan dan berevolusi seiring dengan perkembangan pesat teknologi.


Program ini telah dijalankan secara hibrid dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti serta 300 staf secara bersemuka, manakala 65 staf secara dalam talian. PTi akan meneruskan lagi program ini pada siri kedua iaitu pada September 2023 dengan menampilkan tokoh terkemuka iaitu Dato Sri Idris Jala, CEO dan Pengarah PEMANDU (Unit Pengurusan dan Perlaksanaan ) Malaysia dibawah Jabatan Perdana Menteri.




12 views

ความคิดเห็น


bottom of page