15 FEBRUARI 2024, Mengurus kewangan keluarga adalah satu cabaran yang penting dalam kehidupan harian yang kompleks masa kini melibatkan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan, tetapi juga melibatkan aspek perancangan jangka panjang seperti simpanan untuk pendidikan anak-anak dan persaraan.
Dalam usaha untuk membantu individu, keluarga dan staf USM khususnya untuk mengendalikan kewangan dengan bijak, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menjemput Pempengaruh Kewangan terkenal, Ahmad Faiz Azmi (Financial Faiz) bagi berkongsi pengalaman beliau dalam teknik pengurusan hutang efektif untuk mengelakkan masalah hutang yang berpanjangan. Beliau juga berkongsi strategi pengurusan kewangan untuk perbelanjaan yang lestari dan konsep kewangan keluarga bijak berbelanja.
Sesi perkongsian 2 jam menerusi platform Webex ini telah mendapat penyertaan seramai lebih 1000 peserta dari keseluruhan kampus.
Secara umunya mengurus kewangan keluarga dengan bijak melibatkan perancangan, disiplin dan pengurusan yang teliti. Dengan mengamalkan amalan ini, keluarga dapat mencapai kesejahteraan kewangan dan ketenangan dalam kehidupan mereka.