top of page
logo.png

PENGURUSAN SUMBER BERKESAN DAPAT MENINGKATKAN PRODUKTIVITI ORGANISASI

  • Writer: Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia
    Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia
  • Apr 19, 2024
  • 1 min read

8 FEBRUARI 2024, Dalam usaha untuk mencapai prestasi optimum, pengurusan sumber menjadi aspek yang kritikal bagi sesebuah organisasi. Dengan mengambil pendekatan proaktif, organisasi berusaha untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumber melalui pelbagai kaedah dan teknik.


Justeru penganjuran ‘Maximize Efficiency In Managing Resources Tools & Technique’ oleh Pusat Transformasi Insan (PTi) baru-baru ini adalah suatu langkah bagi menyahut hasrat Universiti secara khususnya dalam mengoptimumkan pengurusan sumber sedia ada seperti kewangan, sumber manusia dan peralatan. Ini membolehkan pengurusan untuk memahami dan mengenal pasti potensi sumber sedia ada dalam memacu kecemerlangan organisasi.


Program yang melibatkan 30 peserta dari Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) secara bersemuka ini telah diadakan di Bilik Seminar PTi. Penceramah jemputan adalah Profesor Dr. Hasliza Binti Abdul Halim daripada Pusat Pengajian Pengurusan, Kampus Induk.


Secara keseluruhannya, pengurusan sumber yang berkesan membantu organisasi mencapai kestabilan, ketahanan dan kecemerlangan jangka panjang. Ia membolehkan organisasi untuk berfungsi dengan lebih lancar, mengurangkan risiko dan mewujudkan nilai tambah yang berterusan untuk pelanggan dan pihak berkepentingan.




 
 

Hubungi Kami

Kampus Induk

Pusat Transformasi Insan
Aras 1, Bangunan E42 Canselori II,
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang


Tel: 04 6536448 / 6454 / 6441

Kampus Kesihatan

Pusat Transformasi Insan
Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian Kelantan


Tel: 09 767 1031 / 1032 / 1034

  • Facebook
  • YouTube
  • TikTok

© 2023 by Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia

bottom of page