top of page
logo.png

MENCORAK HALA TUJU BAHARU : RE-ENERGIZING

  • Writer: Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia
    Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia
  • Apr 19, 2024
  • 1 min read

31 JANUARI  2024, Program “Mencorak Hala Tuju Baharu: “Re-Energizing”, merupakan satu inisiatif yang dijalankan untuk menyemarakkan azam baharu, semangat inovasi dan pencapaian hala tuju di kalangan warga Universiti.


Antara objektif program ini adalah untuk menetapkan matlamat diri dan organisasi yang realistik, terukur dan dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan. Penekanan juga diberikan kepada penyusunan strategi yang bijak bagi mencapai matlamat diri dan organisasi di samping membina persekitaran yang kondusif dan nilai-nilai positif.


Peserta program didedahkan dengan perspektif baru dalam merangka matlamat dengan lebih berkesan dan efisien untuk diaplikasikan dalam diri dan juga organisasi. Program ini telah dihadiri seramai 2300 staf daripada keseluruhan kampus melalui platform Webex’ yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, pakar bidang motivasi dan pembangunan diri.




 
 

Hubungi Kami

Kampus Induk

Pusat Transformasi Insan
Aras 1, Bangunan E42 Canselori II,
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang


Tel: 04 6536448 / 6454 / 6441

Kampus Kesihatan

Pusat Transformasi Insan
Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian Kelantan


Tel: 09 767 1031 / 1032 / 1034

  • Facebook
  • YouTube
  • TikTok

© 2023 by Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia

bottom of page