top of page
logo.png

HARI KANSER SEDUNIA : MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

  • Writer: Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia
    Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia
  • Apr 19, 2024
  • 1 min read

6 FEBRUARI 2024, Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan program bertajuk Hari Kanser Sedunia: Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.


Program 2 jam yang berlangsung secara dalam talian melalui platform ‘Webex’ ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Encik Ahmad Nu’man Abdul Rahman, Penolong Pengurus Program Majlis Kanser Nasional dan Wira Kanser, Encik Nurul Ahmad Sallehin Abdul Rasiad-Low Rectal Cancer Survivor. Program telah mendapat sambutan yang hebat dengan menyaksikan penyertaan seramai lebih kurang 1000 peserta.


Fokus utama yang diberikan melalui program ini ialah memupuk kesedaran tentang penyakit kanser melalui perkongsian info terkini daripada pegawai kesihatan bertauliah, amalan gaya hidup sihat bagi mengurangi risiko kanser dan mencegah serta pengesanan awal penyakit kanser. Penampilan khas Wira Kanser turut berkongsi cabaran dan dugaan kehidupan sebagai Cancer Survivor.




 
 

Hubungi Kami

Kampus Induk

Pusat Transformasi Insan
Aras 1, Bangunan E42 Canselori II,
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang


Tel: 04 6536448 / 6454 / 6441

Kampus Kesihatan

Pusat Transformasi Insan
Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian Kelantan


Tel: 09 767 1031 / 1032 / 1034

  • Facebook
  • YouTube
  • TikTok

© 2023 by Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia

bottom of page