top of page

YBhg. Datuk Seri Hj. Suhaime Mahbar

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Pembangunan),

Jabatan Perkhidmatan Awam

Email:

Left YBhg_edited.jpg

Latar Belakang Pendidikan Tinggi

YBhg. Datuk Seri Hj. Suhaime Mahbar telah dilahirkan pada 13 Februari 1962. Beliau berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan di UKM. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian beliau dalam peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan dan Pengurusan Maklumat di The University of Manchester di United Kingdom.

Pengalaman dalam Perkhidmatan 

1988

1995-1999

2000

2003-2004

2010

2019

Memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Cawangan Peperiksaan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dilantik sebagai Penolong Setiausaha Urusetia Sukan Komanwel Kementerian Belia dan Sukan sebelum ditempatkan sebagai Urusetia Sukan Antarabangsa di bawah Kementerian yang sama.

Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Perjawatan Perkhidmatan dan Kemajuan Kerjaya Kementerian Belia dan Sukan.

Melanjutkan pengajian ke The University of Manchester di United Kingdom.

Menjadi Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Dasar dan Korporat MAMPU.

Dilantik sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia MAMPU.

Timbalan Pengarah Bahagian Inspektorat Perundingan Pengurusan MAMPU dan di Bahagian Transformasi Sektor Awam sebelum ke Kementerian Pendidikan dan kembali ke MAMPU.

Kembali ke Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Operasi.

Dilantik sebagai â€‹Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam.

POSTER-SUHAIME-MAHBAR.png

Galeri

Pautan Video

: 8 September 2021(Rabu)

: 9:45 AM - 12:00 PM

: Cisco Webex

bottom of page